**********

Huawei telah memperkenalkan siri perdana Mate 20 mereka pada satu sidang perlancaran rasmi yang berlangsung di London pada 16 Oktober lalu. Siri Mate 20 tersebut merangkumi tiga variasi model iaitu Mate 20, Mate 20 Pro dan Mate 20X.

Kehadiran ‘mereka’ ternyata mengejutkan masyarakat dunia yang mana rata-rata amat kagum dengan ciri-ciri yang ada pada ketiga-tiga model tersebut. Jadi apa sebenarnya yang menarik mengenai ketiga-tiga siri Mate ini?

 

1# Penggunaan Cip Pemproses Terbaharu Binaan Huawei – Hisilicon Kirin 980

Kelebihan paling ketara siri Mate 20 kali ini ialah pada sistem pemprosesan dalamannya, di mana ketiga-tiga siri Mate tersebut dilengkapi dengan cip pemproses berkuasa tinggi terbaharu binaan Huawei iaitu Hisilicon Kirin 980 sekaligus merupakan sejumlah telefon pintar pertama menggunakan cip berkenaan.

Kirin 980 merupakan cip pemproses 7nm yang menawarkan 20% peningkatan kelajuan dan dikatakan 40% lebih efisen berbanding versi sebelumnya iaitu Kirin 970. Aspek ini sekaligus menunjukkan bahawa Kirin 980 merupakan pemproses paling berkuasa pada ketika ini sekaligus jauh ke depan meninggalkan prestasi Qualcomm Snapdragon 845 di belakang.

 

2# Sokongan Rangkaian Lebih Pantas

Penggunaan cip pemproses Kirin 980 menjadikan siri Mate 20 merupakan telefon pintar dengan sokongan Wi-Fi terpantas di dunia. Di mana, Huawei memaklumkan ianya membolehkan sokongan muat-turun sehingga mencapai 1733Mbps. Pun begitu seperti kebiasaannya, kelajuan akhir yang bakal dinikmati oleh pengguna adalah bergantung pada kelajuan rangkaian telco masing-masing.

 

3# Sokongan Pengecasan Pantas 40W

Seterusnya, siri Mate 20 dilihat membawakan spesifikasi lebih unggul apabila dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas berasaskan 40W yang terbina pada model Mate 20 Pro. Melalui pengecasan ini, Huawei memaklumkan ianya menawarkan kebolehan mengecas sehingga 70% dalam tempoh hanya 30 minit sekaligus dikatakan lebih pantas berbanding telefon tercanggih daripada Apple iaitu iPhone X.

 

4# Sokongan Reversible Wireless Charging

Selain itu, siri mate 20 turut didatangkan dengan ciri menarik lain yang dipanggil sebagai “Reversible Wireless Charging” di mana juga terbina pada model Mate 20 Pro. Fungsi ini boleh dianggap unik dan istimewa kerana ia mampu menjadikan Mate 20 Pro sebagai powerbank tanpa wayar yang mampu mengecas telefon pintar lain.

 

5# Keupayaan Kalis Air Dan Debu – IP68 & IP53

Lebih istimewanya, ia turut menerima sokongan kalis air dan debu. Bezanya, Mate 20 dan Mate 20X menyokong keupayaan kalis percikan air pada kadar IP53 manakala Mate 20 Pro pula tampil bersama pengiktirafan IP68. Oleh itu, pengguna kini tidak perlu risau sekiranya air tertumpah ataupun telefon terjatuh dalam air. Malah, ciri ini turut membolehkan anda menggunakan telefon pintar ini walaupun hari hujan.

 

6# Sokongan NM Kad – Menggantikan microSD

Tidak seperti kebanyakkan telefon pintar di pasaran, ketiga-tiga siri mate ini tampil berbeza apabila tidak menyokong slot microSD sebaliknya memperkenalkan kad istimewa tersendiri yang dinamakan sebagai NM. Kad istimewa ini mempunyai fungsi yang seakan sama seperti kad microSD iaitu untuk memperluaskan storan peranti namun ia hadir dengan saiz yang lebih kecil.

 

7# Fungsi Tri-Kamera Siri Mate 20 Yang OHSEM

Siri Mate 20 bukan sahaja mempertaruhkan sistem pemprosesan yang padu malah tampil terbaik dari segi penggambaran. Prestasi kameranya dilihat mampu meneruskan kecemerlangan hasil kamera Huawei P20 Pro sekaligus dikatakan terhebat pada ketika ini.

Mate 20 Pro dan Mate 20X memiliki gabungan lensa 40MP utama yang boleh menangkap gambar wide biasa, 20MP dengan keupayaan penggambaran ultra-wide-angle manakala 8MP pula untuk lensa ketiga untuk lensa telefoto.

Mate 20 pula dilengkapi dengan sensor lebih kecil berbanding Mate 20 Pro dan Mate 20X iaitu 16MP untuk lensa utama, 12MP untuk lensa ultra-wide-angle dan 8MP untuk lensa telefoto.

Contoh Hasil Gambar

Istimewanya lagi siri Mate 20 ini adalah ketiga-tiga model memiliki lensa telefoto yang mempunyai keupayaan zum lima kali lebih dekat berbanding biasa selain juga menyertakan Optik pengstabilan imej (OIS).

Selain itu, siri mate 20 turut hadir dengan sebilangan ciri menarik lain seperti efek bokeh, cinema mode, night mode dan macro mode – membolehkan anda menangkap gambar dengan lebih terperinci.

 

8# Reka Bentuk Premium, Varian Warna Menarik

Keistimewaan lain siri Huawei Mate 20 ialah ia membawak reka bentuk lebih premium dengan badan berasaskan binaan kaca di bahagian hadapan dan belakang. Menariknya lagi, rekaan kaca panel belakang telefon dilitupi dengan lapisan Hyper Optical Multi Pattern bertujuan mengurangkan kesan cap jari sekaligus memberikan cengkaman lebih mantap.

Siri Mate 20 didatangkan dengan sejumlah warna menarik yang pasti mampu menambat hati pengguna. Mate 20 Pro didatangkan dalam tiga warna iaitu Black, Twillingt dan Emerald Green. Pun begitu, difahamkan rekaan warna Emerald Green tampil lebih elegen berbanding dua varian warna yang lain.

Seterusnya, Mate 20 dan Mate 20X masing-masing hadir dengan dua varian pilihan warna iaitu Midnight Blue dan Black untuk model Mate 20 manakala Midnight Blue dan Phantom Silver untuk model Mate 20.

 

9# Skrin Lebih Besar, Sokongan Sistem Penyejukan Khusus

Siri Mate 20 juga dilengkapi pakej sempurna seperti skrin bersaiz 7.2 inci yang terbina pada model Mate 20X. Paparan Mate 20X pastinya memberikan impak kepuasan yang maksimum untuk memaparkan maklumat mahupun digunakan untuk tontonan video dan permainan mudah alih.

Lebih menariknya lagi, Mate 20X turut hadir dengan rekaan ‘fancy’ dengan menyertakan sokongan input berasaskan stylus yang dipanggil sebagai M-Pen. Selain itu, ia turut disokong sistem penyejukan khusus iaitu Vapor Chamber dengan kombinasi teknologi Graphene film cooling bagi menangani masalah haba serta merta.

 

10# Harga Berbaloi

Bahagian yang paling menarik mengenai Siri Mate 20 adalah ia datang dengan harga yang jauh lebih berbaloi berbanding telefon pintar lain. Telefon pintar yang memiliki spesifikasi terhebat ini masing-masing hadir dengan harga:

MODEL

HARGA

Huawei Mate 20

RM2,799

Huawei Mate 20 Pro

RM3,599

Huawei Mate 20X

RM3,199

Kepada yang berminat, Huawei Malaysia telah membuka pra-tempahan bagi siri Huawei Mate 20 bermula 19 Oktober hingga 22 Oktober 2018. anda boleh membuat tempahan di SINI.

 

ULASAN

Dengan penawaran sejumlah ciri menarik seperti ini, tidak melampau jika dikatakan siri Mate 20 Huawei merupakan sejumlah telefon pintar yang cukup sempurna dan ALL-IN-ONE. Ciri-ciri yang ditawarkan itu juga boleh dikatakan sesuatu yang lain daripada biasa sekaligus menjadikan Huawei sebuah jenama yang dijulang dan paling inovatif pada tahun ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here