YES Perkenal Dua Pelan Data Tambahan Prabayar Baharu

1208
**********

YTL Communications Sdn. Bhd atau YES telah memperkenalkan dua pelan data tambahan prabayar baharu iaitu “KONFEM 4G LTE” dan “KONFEM TURBO” yang dilengkapi dengan internet tanpa had selain sambungan cepat.

Melalui penawaran ini, pengguna dapat menikmati peruntukan data tanpa had hanya RM30 selama 30 hari dengan “KONFEM 4G LTE” dan membeli pelan “KONFEM TURBO” untuk mengalami peningkatan kelajuan internet 4G LTE dengan hanya RM5 setiap hari untuk data 5 GB.

Pada masa sama, YES juga akan memperkenalkan kempen Chan Mali Chan #SemuaAdaChance bersempena kerjasamanya dengan Touch ‘n Go yang berlangsung bermula 16 September hingga 15 November 2018.

Sepanjang tempoh kempen berlangsung, YES menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi telefon pintar baharu setiap hari termasuk model terbaru seperti Samsung Note 9, Samsung S9 +, Huawei Nova 3i dan Vivo Y85, serta Perodua Myvi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi YES.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here