Wow! Shopee Catat Lebih 5.8 Juta Tempahan Pada 9 September

133
**********

Platform e-dagang, Shopee menyaksikan pencapaian baru apabila mencatat rekod jualan tertinggi pada acara beli-belah tahunan serantau terbesarnya, Shopee 9.9 pada 9 September lalu.

Difahamkan. pada acara berkenaan Shopee mencatatkan lebih daripada 5.8 juta tempahan dalam tempoh sehari yang mana angka tempahan itu menyaksikan tiga kali ganda daripada hari biasa.

Selain itu, pihak shopee turut memaklumkan bahawa lebih 15 juta barangan telah dijual dalam tempoh 24 jam. Difahamkan, pada tarikh berkenaan juga jumlah barangan yang dijual di seluruh rantau melebihi 99,999 dalam tempoh kurang daripada 9 minit.

Sebagai sebahagian daripada perayaan 9.9 pada tahun ini, pihak Shopee bakal melancarkan Festival Jenama Super pertama pada 31 Ogos depan. Festival ini akan menawarkan pelbagai tawaran hebat daripada jenama terkemuka di Shopee Mall, di antaranya seperti Roza, Slumberland, dan Coca-Cola.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here