Warna baharu Huawei P20 Pro Kini Terima Tempahan

188
**********

Huawei P20 Pro boleh dikatakan peranti pintar yang menjadi perintis dalam memperkenalkan warna gradient pada kerangka peranti, terkini dalam acara tahunan IFA 2018 Huawei turut memperkenalkan warna baharu kepada umum iaitu Morpho Aurora, Pearl White dan edisi terhad dengan pembinaan kulit berwarna hitam dan coklat.

Ramai yang tertanya-tanya adakah warna baharu ini juga akan dibawa masuk ke pasaran tempatan, jawapannya Ya. Huawei Malaysia tidak ketinggalan menawarkan pilihan warna baharu Pearl White mulai hari ini dengan aktiviti pra-tempah melalui laman rasmi Huawei pada harga RM2949 (termasuk SST).

Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah kupon bernilai RM150 untuk pembelian aksesori, Huawei CF33 selfie stick dan kad VIP Siri Huawei P20 sehingga 5 Oktober 2018 sementara stok masih ada. Tawaran eksklusif juga dibuka kepada pelanggan Astro melalui penebusan kupon bernilai RM200 dengan mata ganjaran Astro Circle. Maklumat selanjutnya boleh layari laman rasmi Huawei Shop.

 

Baca Juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here