Wahhh! ‘Art Selfie’ Dapat Cari Kembar Anda, Bagaimana Caranya?

500
**********

Anda perasan tak baru-baru ini aplikasi ‘Art Selfie’ jadi trending di laman sosial? Apa sebenarnya ‘Art Selfie’ ni?

Art Selfie merupakan sebuah aplikasi yang memadankan gambar swafoto anda dengan hasil seni di beberapa muzium dan galeri terkemuka dunia.

Cuba anda bayangkan, agak-agaknya karya seni manakah yang menyerupai wajah anda ya? Bersiap sedialah untuk terkejut dengan analisis aplikasi ini!

Bagi mengakses aplikasi ini, anda perlu mencari pilihan “potret di muzium?” dalam laman utama pada aplikasi.

Kemudiannya, aplikasi itu akan meminta anda untuk mengambil gambar swafoto dengan mode potret. Selesai sahaja berswafoto, boom! Aplikasi itu akan memadankan muka anda dengan karya seni potret pelukis terkenal yang telah dirakam di Google Art & Culture.

Haaa…Tertarik untuk mencuba aplikasi ini? Mudah sahaja, anda boleh memuat naiknya melalui pautan berikut untuk Android dan iOS. Jangan lupa kongsi wajah karya seni anda dengan kami!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here