Vivo V11, V11i Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1,299

286
**********

Hari ini, Vivo Malaysia telah melancarkan secara rasmi dua model terbaharu mereka dari siri V untuk pasaran tempatan dengan kehadiran model V11 dan juga V11i. Berdasarkan pemerhatian, kedua-dua peranti hadir dengan rekaan skrin takuk kecil yang bersaiz sebesar titisan air yang dikenali sebagai Halo Fullview Display.

Persembahan daripada Duta vivo Janna Nick
Persembahan daripada Duta vivo Alvin Chong
Persembahan daripada Sarah Suhairi, finalis Astro Big Stage
Persembahan daripada Afieq Shazwan, finalis Astro Big Stage

 

VIVO V11

Vivo V11 dilihat sebagai peranti yang berspesifikasi tinggi, di mana ia hadir dengan sokongan pengimbas cap jari dalam paparan (In-Display Fingerprint Scanning) yang merupakan kebanggaan vivo.

Di samping, juga menyertakan bateri berkapasiti 3400mAh yang mendapat sokongan teknologi Dual-Engine Fast Charge di bawah pemprosesan cipset Snapdragon 660 bersama 6GB RAM dan 128GB ROM.

Menawarkan paparan skrin 6.41 inci FHD+, vivo turut menyediakan kamera depan sebesar 25MP f/2.0 aperture dengan beberapa ciri-ciri mod baru seperti AI Face Beauty dan AR Sticker. Selain itu, melengkapkannya adalah dwi-kamera utama gabungan 12MP + 5MP.

VIVO V11i

Meskipun mempunyai reka bentuk yang sama namun Vivo V11i dilihat hadir dengan spesifikasi yang lebih pertengahan berbanding V11. Paparan skrin bersaiz 6.3 inci dilengkapi dengan cipset MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB. Untuk bahagian bateri pula, ia dikuasakan dengan kapasiti 3,315mAh yang juga menyokong Dual-Engine Fast Charge.

Teknologi pengimbas cap jari dalam paparan yang terletak pada V11 tidak hadir bersama pada V11i, sebaliknya hanya teknologi pengimbas cap sahaja ditawarkan. Selain itu, resolusi kamera utama juga sedikit berbeza iaitu dilengkapi lensa 16MP + 5MP. Lain pula pada kamera hadapan, V11i kekal sama membekalkan lensa beresolusi 25MP.

Dalam pada itu, vivo turut memperkenalkan muka baru bagi duta produk mereka iaitu Lu han yang merupakan bekas anggota korea band terkenal, EXO.

Kedua-dua peranti ini akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Starry Night dan Nebula. Vivo V11 akan dijual pada harga RM1699 dan Vivo V11i ditawarkan pada harga RM1299 mulai 15 September eksklusif di semua rakan kongsi vivo.

Baca Juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here