TikTok Lancar Cabaran Video Unik Raikan Hari Kemerdekaan Ke-61

110
**********

TikTok melancarkan tiga cabaran video unik bertemakan Malaysia bagi meraikan hari kemerdekaan ke-61 bersama para pengguna Tik Tok di seluruh Malaysia.

Untuk cabaran ini, para pengguna TikTok perlu menunjukkan semangat patriotisme dengan memuat naik video pendek menggunakan pelekat hiasan kepala tradisional dan menyertakan hashtag tema Hari Kebangsaan iaitu #malaysiaboleh, #sayangimalaysiaku dan #kitaanakmalaysia.

Apa yang lebih menarik, ada ganjaran menarik menanti anda! Lima video yang memiliki tontonan tertinggi akan dipilih sebagai pemenang bertuah yang akan menerima saguhati khas daripada TikTok.

Cabaran ini dilihat disambut baik oleh barisan selebriti dan ‘influencer’ tempatan termasuk Wawa Zainal, Mark Odea, Jeryl Lee, Eyka Farhana, Sheryl Syazwanie dan ramai lagi. Anda boleh menonton video dari selebriti-selebriti terkemuka melalui pautan berikut:

Jangan lupa hantar penyertaan cabaran Hari Merdeka anda dan tonton pelbagai lagi video menarik di laman Instagram dan Facebook rasmi TikTok.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here