Tertiris! Huawei Mate 20 Bocor Lagi! Kali Ini Lebih Jelas!

246
**********

Tak sampai sebulan Huawei Mate 20 akan berjumpa dengan peminat di seluruh dunia, selain cip pemproses Kirin 980 yang paling berkuasa pada masa kini akan dibekalkan, penggunaan rekaan kamera yang bersegi empat juga menjadi taruhan utama pada kali ini.

Terbaru, gambar kamera yang lebih jelas terdedah di laman sesawang berserta tiga pilihan warna yang terdiri daripada Biru, Hitam dan Twilight.

Melalui gambar tertiris, rekaan tiga kamera dan satu LED Flash serta tulisan Leica di bahagian atas jelas memperlihatkan kuasa penggambaran yang bakal diperkenalkan pada Mate 20 ini, termasuk juga sensor yang dijanakan masih belum diketahui lagi.

Dari segi reka bentuk pula, Mate 20 mempunyai skrin yang hampir penuh tetapi dengan takuk yang agak besar, mungkin ruangan ini akan tampil dengan pelbagai sensor selain kamera hadapan.

Satu lagi persoalan, di manakah pengimbas cap jari? Tak muncul di panel belakang mahupun depan, jadi maknanya akan dilengkapi dengan teknologi pengimbas cap jari pada skrin seperti Huawei Mate RS Porsche Design? Okay, kita nantikan sahaja pelancaran rasmi pada 16 Oktober di London.

[ SUMBER ]

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here