Sertai Ayda Jebat , Hebe Tien Di Pelancaran Eksklusif Oppo F9 Starry Purple Oktober Ini!

475
**********

Berikutan sambutan yang hangat dalam perlancaran OPPO F9 di Malaysia bari-baru ini, pihak Oppo berbesar hati mendedahkan bahawa mereka akan memperkenalkan varian warna baru F9 iaitu Starry Purple pada 2 OKTOBER depan!

Mempunyai bahagian belakang yang berkilat seperti bintang berkilauan di atas galaksi ungu, Oppo F9 Starry Purple bakal tampil sedikit berbeza berbanding dua varian warna sebelum ini iaitu Sunrise Red dan Twilight Blue.

Selain itu, pihak Oppo juga memaklumkan mereka akan menampilkan duta terkenal mereka iaitu bintang terkemuka Malaysia, Ayda Jebat dan penyanyi serta pelakon Taiwan, Hebe Tien untuk memeriahkan lagi majlis.

Bintang Terkemuka Malaysia, Ayda Jebat
Penyanyi Serta Pelakon Taiwan, Hebe Tien

Dalam pada itu, Oppo juga mengadakan satu kempen yang menggalakkan netizen untuk menjalani gaya hidup mereka dengan intipati ungu bermula 16 hingga 27 September 2018. Kepada yang berminat untuk sertai. Apa yang perlu anda lakukan? Senang jerrr…

Hanya muat naik gambar anda dengan elemen ungu (contohnya : gaya rambut, solek, pakaian, aksesori atau landskap) dan sertakan kapsyen menarik. Jangan lupa letakkan hashtag #LiveMyStyle # OPPOF9! Pastikan akaun anda dalam tetapan umum.

Mereka yang mempunyai gambar terbaik dengan kapsyen yang paling kreatif akan memenangi sepasang tiket perlancaran OPPO F9 Starry Purple di samping berpeluang beramah mesra bersama Ayda Jebat dan Hebe Tien.

Baca juga : 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here