iPhone XR, Hadir Dengan Rekaan Skrin 6.1 Inci Bersama Sokongan Kalis Air

354
**********

Di pentas “acara khas” dari Steve Jobs Theatre, pihak Apple dilihat tidak ketinggalan memperkenalkan iPhone XR yang mana merupakan peranti pintar ketiga keluaran mereka.

Dari segi rekaan, ianya hadir dengan rekaan skrin bersaiz 6.1 inci selain menggunakan panel LCD. Pihak apple memaklumkan bahawa peranti pintar ini menawarkan kejituan warna yang paling tepat pada panel LCD berbanding pesaingnya yang lain.

iPhone Xr juga difahamkan hadir dengan rekaan kerangka yang berasaskan aluminium dan kaca di samping dilengkapi sokongan kalis air IP67. Peranti ini juga masih mengekalkan penggunaan chip Apple A12 Bionic.

Lebih menarik, peranti pintar ini dikatakan tidak lagi mempunyai butang Home sebaliknya selain dilengkapi dengan Tap-To-Wake bagi mengaktifkan skrin selain menyertakan sokongan Face ID bagi nyah-kunci berasaskan wajah.

Selain itu, peranti ini juga dilengkapi dengan hanya satu kamera belakang dengan sensor sebesar 12 Megapiksel. Meskipun begitu, iPhone Xr dikatakan mampu menangkap gambar dengan kualiti rakaman yang baik.

Apple memaklumkan peranti ini akan hadir dengan pilihan enam warna berbeza termasuk warna merah dan juga biru selain akan mula dijual pada oktober depan dengan harga USD 749 (kira-kira RM3,105).

Baca juga :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here