Pra-Tempahan Vivo V11, V11i Kini Bermula Di Seluruh Negara

583

Bermula dari 8 hingga 20 September 2018, anda boleh membuat tempahan awal untuk peranti pintar terbaru keluaran vivo iaitu V11 dan V11i di mana-mana pengedar Vivo dan kedai konsep yang sah.

Pelanggan yang membuat tempahan awal bagi V11 akan mendapat kad jaminan selama 6 bulan berserta hadiah misteri, manakala bagi mereka yang membuat tempahan bagi V11i pula hanya akan menerima hadiah misteri.

Sekiranya anda membuat tempahan secara atas talian, ia boleh didapati secara ekslusif di platform e-dagang Lazada bermula dari 8 hingga 12 September ini dan anda bakal menerima hadiah premium bernilai RM199.

Lazada: V11 ¦ V11i

Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan di Vivo Store tanpa sebarang kos dari 1 hingga 13 September dan berpeluang memenangi Vivo V11 secara percuma disamping hadiah menarik yang lain! Pra-temapahan juga boleh dibuat melalui Senheng/SenQ. 

Untuk pengetahuan semua,  Vivo V11 ini ditawarkan pada harga RM1699 manakala Vivo V11i pula ditawarkan pada harga RM1299.

Baca Juga: Sekilas Pandang vivo V11

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here