Pra-Tempahan vivo V11 Kini Dibuka!

964
- Iklan -

Minggu lepas vivo Malaysia telah membuat pengesahan bahawa peranti terbaru vivo V11 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, hari ini eRing telah pun menerima jemputan dari pihak vivo mengenai perasmian vivo V11 dan vivo V11i akan diadakan pada 13 September ini.

Melalui apa yang kami nampak, peranti baharu siri V11 jelas memfokuskan pada rekaan takuk kecil semirip titisan air yang dikenali sebagai “Halo FullView Display”, kamera AI serta teknologi pengimbas cap jari pada skrin (In-Display Fingerprint Scanning**) yang dibanggakan.

**hanya pada model vivo V11

 

Sebelum pelancaran rasmi, pihak vivo Malaysia telah pun membuka sesi pra-tempahan untuk siri V11 dari 1 hingga 13 September 2018. Anda juga berpeluang memenangi vivo V11 dan hadiah menarik semasa membuat pra-tempahan. Jadi bagi sesiapa yang berminat, boleh buat pra-tempahan sekarang di laman rasmi VIVOSTORE.

 

 

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here