**********

Pada masa kini, permainan video merupakan sesuatu yang boleh dikatakan sangat popular terutamanya dalam kalangan para remaja. Malah dengan lambakan permainan video yang dilancar, dilihat menggalakkan lagi jiwa remaja untuk mudah tertarik dengannya.

Seperti yang sedia maklum, kebiasaannya permainan video ini dimainkan dengan menggunakan peranti-peranti direka khas antaranya seperti komputer, Xbox, PlayStation dan banyak lagi. Hinggakan ramai yang sanggup berhabis wang ringgit dan masa ke cyber cafe semata-mata untuk bermain.

Kebiasaannya dalam dunia gaming, terdapat satu dilema yang sering mengganggu para gamers iaitu persoalan mengenai peranti mana yang lebih memberi kepuasan untuk bermain games. Laptop atau Desktop PC?

Meskipun ramai di antara kaki gamers yang lebih memilih desktop, namun ternyata bermain games di komputer riba lebih memberi kepuasan sebenarnya. Mengapa? Salah satu sebab utama adalah laptop gaming mempunyai reka bentuk yang Lebih Kecil dan Mudah Alih!

Komputer riba adalah sangat mudah alih dan direka dalam bentuk kecil yang hanya memerlukan ruang sedikit sahaja semasa bermain game, ini agak berbeza sama sekali dengan dekstop yang mana memerlukan ruang lebih besar untuk diletakkan monitor dan CPU, serta ia tidak boleh dibawa ke mana-mana.

Tambahan lagi, laptop gaming lebih praktikal kerana semua komponen terbina dalam satu unit termasuk papan kekunci, lain pula dengan desktop yang perlu menyambung banyak komponen seperti monitor, CPU, tetikus dan papan kekunci sebelum boleh digunakan. Dengan adanya lithium bateri pada laptop gaming, anda boleh sahaja memutuskan sambungan dari bekalan kuasa untuk bermain dengan lebih mudah alih.

Bagaimanapun dengan perkembangan teknologi, dengan hanya memiliki laptop gaming terbaru keluaran ASUS iaitu ROG STRIX SCAR II GL504, kaki gamer dapat mengaksesnya tanpa batas waktu dan di mana-mana sahaja, bersama pengalaman gaming luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelum ini!

 

ROG STRIX SCAR II GL504

Memiliki layar skrin bersaiz 15.3”, komputer riba ini hadir dengan ‘tubuh badan’ berasaskan logam serta kemasan Kevlar (fiber tahan lasak) pada bahagian papan kekunci. Dengan berat sekitar 2.4kg, STRIX SCAR II hadir dengan paparan skrin tahap IPS dengan kadar segar semula 144Hz dan kadar tindak balas serendah 3ms untuk visual supersmooth dengan tiada gerakan kabur – yang mana harus dimiliki oleh para gamer tegar.

Proses penaikantaraf juga turut dilakukan pada bahagian papan kekunci yang mana dikatakan memberi lebih keselesaan kepada pengguna ketika bermain mahupun menaip. Lebih menariknya, komputer riba ini turut hadir dengan multi-antenna untuk sambungan WiFi yang lebih pantas.

 

SPESIFIKASI DALAMAN

Untuk memberikan anda kelebihan maksimum, komputer riba ini dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-8750, storan SSD 256GB dan juga storan SSHD 1TB Seagate FireCuda. Dari segi grafik pula, STRIX SCAR II dilengkapi dengan 32GB RAM DDR4 di samping menawarkan dua pilihan kad grafik iaitu NVIDIA GeForce GTX 1060 atau NVIDIA GeForce GTX 1070 bagi memberi pengalaman permainan video yang lebih menarik.

Ia turut dilengkapi dengan sistem penyejukan menggunakan teknologi HyperCool bagi membantu STRIX SCAR II memanfaatkan GPU dan CPUnya. HyperCool Pro juga termasuk dalam sistem Penyejukan Anti Debu yang direka untuk mengeluarkan kotoran habuk bagi meningkatkan kebolehpercayaan serta ketahanan sistem pada komputer riba.

Nampaknya komputer riba ini dilihat berpotensi menambat hati para gamer kerana ia sangat menarik selain menawarkan pelbagai fungsi terbaharu yang selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

Buat pengetahuan semua, ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Activision, untuk Call of Duty®: Black Ops 4. Dari 10 September hingga 12 Oktober, ROG akan menjadi pembekal permainan PC digital pertama Call of Duty®: Back Ops 4.

Untuk maklumat terkini, termasuk senarai produk yang layak untuk Call of Duty: Black Ops 4 bundle, pautan pembelian dan maklumat penebusan, sila layari www.ROGxBO4.com

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here