Perbandingan Spesifikasi Samsung Galaxy A7 (2018) vs Samsung Galaxy A7 (2017)

673
**********

Samsung bakal hadir dengan model terbarunya iaitu Galaxy A7 (2018) pada 11 Oktober 2018 ini melalui acara ‘Samsung Galaxy Unpacked’ yang pertama kalinya diadakan di Malaysia. 

Telefon pintar ini dilengkapi dengan skrin sebesar 6-inci Super AMOLED beresolusi 2220 x 1080 piksel tanpa takuk. Selain dikuasakan oleh pemproses Octa Core 2.2GHz bersama tiga varian memori antaranya 4GB/64GB, 4GB/128GB, dan 6GB/128GB, ianya turut dilengkapi bateri berkapasiti 3300mAh.

Dari segi penggambaran pula, buat pertama kalinya Samsung hadir dengan sistem tri-kamera utama menggabungkan sensor 24 Megapixel (f/1.7), 8 Megapixel (f/2.4) lensa ultra lebar dan sensor kedalaman 5 Megapixel (f/2.2). Manakala kamera depan pula sebesar 24 Megapixel (f/2.0) dengan sokongan LED flash.

Ingin mengetahui berbaloi atau tidak memiliki model ini? Mari lihat perbandingan di bawah ini terlebih dahulu.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here