Pemenang Utama Celcom Game Hero Bolot Wang Tunai RM100,000

339
**********

Kejohanan permainan mudah alih terbesar di Malaysia, ‘Celcom Game Hero – Endless Trials’ akhirnya melabuhkan tirainya selepas selama 4 bulan para finalis bergelut antara satu sama lain untuk memenangi hadiah utama.

Muhammad Nazir Basri berusia 31 tahun yang berasal dari Klang, Selangor telah muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah utama sebanyak RM 100,000 dengan 6290 mata selepas pertarungan langsung selama sejam.

Manakala tempat kedua pula disandang oleh Mohd Farhan Hassin dari Kota Bahru, Kelantan dengan 6245 mata dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 60,000.

Seterusnya, tempat ketiga pula dimenangi oleh Mohd Sabree Junyul yang juga berasal dari Klang, Selangor dengan 6235 mata dan memenangi hadiah tunai sebanyak RM40,000.

Tidak ketinggalan, para finalis yang menyandang tempat ke-4 hingga ke-6 berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000. Manakala, bagi tempat ke-7 hingga ke-9 pula menerima wang tunai berjumlah RM5,000.

Meskipun ‘Celcom Game Hero – Endless Trials’ sudahpun melabuhkan tirai namun ia bukanlah penghujung bagi siri ini sebaliknya pihak Celcom dengan kerjasama Techninier Sdn Bhd akan memperkenalkan permainan baru iaitu Knight Clash.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan ‘Celcom Game Hero – ‘Knight Clash’, sila lawati www.gamehero.my.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here