Nokia 6.1 Plus, Nokia 5.1 Plus Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

274
**********

HMD Global yang merupakan pengeluar telefon berjenama Nokia hari ini secara rasminya telah melancarkan dua peranti pintar terbaru mereka iaitu Nokia 6.1 Plus dan Nokia 5.1 Plus untuk pasaran tempatan. Kedua-dua peranti pintar ini hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini selain turut menyertakan rekaan skrin bertakuk.

Nokia 6.1 Plus

Nokia 6.1 Plus ini hadir dengan skrin paparan Full HD+ berukuran 5.8-inci dilengkapi dengan Corning Gorilla Glass . Bagi memastikan telefon sentiasa lancar dan stabil, sistem operasinya menggunakan Android Oreo dan peranti ini dijana oleh cip pemproses Snapdragon 636.

Nokia 6.1 Plus

Kuasa dalamannya disertakan memori sebesar 4GB RAM dan 64GB storan dalaman yang mampu menyokong kad microSD sehingga 400GB. Melengkapkan peranti pintar ini juga adalah bateri berkapasiti 3,060mAh yang menyokong teknologi pengecasan pantas melalui port USB Type-C.

Kemampuan kamera utama pula ialah 16MP + 5MP manakala kamera swafotonya pula sebesar 16 Megapiksel. Terdapat sokongan teknologi AI ditemui pada bahagian kamera bagi menghasilkan rakaman yang lebih cantik berbanding biasa. Selain itu ia juga membawa beberapa fungsi menarik lain antaranya seperti Live Bokeh dan AR Stickers.

Nokia 5.1 Plus

Nokia 5.1 Plus hadir dengan rekaan takuk lebih lebar berbanding Nokia 6.1 Plus. Ia menggunakan skrin bersaiz 5.8 inci dengan paparan HD+ dan hadir pada rekaan nisbah paparan 19:9. Ia beroperasi menggunakan Android Oreo di samping menyokong pemproses MediaTek Helio P60 dan juga sambungan Bluetooth 4.2.

Nokia 5.1 Plus

Peranti ini dibekalkan dengan memori dalaman sebesar 3GB dipadankan bersama storan seluas 32GB yang turut mampu menyokong kad microSD sehingga 400GB. Selain itu, perkakasan dalaman peranti ini juga didatangkan dengan kapasiti bateri yang sama besar dengan Nokia 6.1 Plus iaitu 3,060mAh.

Dijana Oleh MediaTek Helio P60

Melengkapkan ciri-ciri Nokia 5.1 Plus, peranti ini hadir dengan kamera utama konfigurasi 13MP + 5MP dan kamera hadapan pula beresolusi 8 Megapiksel. Peranti ini turut menawarkan beberapa fungsi menarik seperti Nokia 6.1 Plus antaranya seperti Dual-Sight Mode, Live Bokeh, dan AR Stickers bagi menghasilkan gambar yang lebih cantik.

Apa yang lebih menariknya lagi adalah pihak HMD Global memaklumkan kedua-dua peranti berkenaan bersedia untuk menerima kemaskini Android Pie tidak lama lagi.

Nokia 6.1 Plus kini dijual pada harga RM 1,149 bermula 26 September 2018 dan 2,500 pembeli terawal bakal menerima penawaran hadiah menarik bernilai sehingga RM300 termasuk kamera aksi, pelindung skrin kaca tahan pecah dan sarung silikon.

Harga Jualan Di Malaysia Bagi Nokia 6.1 Plus

Seterusnya, Nokia 5.1 Plus pula boleh didapati bermula pertengahan Oktober 2018 namun maklumat mengenai harga jualan peranti tersebut di pasaran tempatan masih belum diumumkan oleh pihak HMD Global.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here