Nikmati Pelbagai Ganjaran Istimewa Dengan MyDigi Rewards

299
**********

Digi hari ini mengumumkan ciri MyDigi Rewards pada aplikasi MyDigi  yang mana memberikan para pelanggan pelbagai ganjaran istimewa daripada lebih 500 jenama termasuklah jenama-jenama F&B, kedai atas talian dan sebagainya.

Di samping itu, terdapat juga ganjaran istimewa lain yang ditawarkan iaitu para pelanggan berpeluang memenangi kuota internet, panggilan tambahan dan sebagainya melalui Box of Surprises.

Melalui ciri ini juga, Digi turut memperkenalkan pangkat pengguna yang mana terdiri daripada Yellow, Gold dan Platinum. Dengan kenaikan setiap pangkat, para pelanggan boleh mendapat lebih banyak ganjaran eksklusif.

Apa yang lebih menarik lagi, untuk setiap satu ringgit yang dibelanjakan oleh pengguna untuk membayar bil pascabayar ataupun membeli top-up prabayar akan melayakkan mereka untuk mendapatkan satu Digi Point yang boleh meningkatkan pangkat ganjaran.

Bagi memudahkan proses penebusan ganjaran kelak, Digi pada masa sama turut memperkenalkan ciri Near Me yang membolehkan pelanggan mencari rakan kongsi Digi berdekatan yang terlibat untuk menebus ganjaran.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here