Mari Meriahkan Honor Fan Fest Pada 21 September Ini – Masuk Adalah Percuma!

395
**********

Ekoran sambutan yang sangat menggalakkan terhadap model Honor 10 dan Honor Play, pihak Honor Malaysia dengan bangganya memaklumkan bahawa bakal menganjurkan karnival Fan Fest 2018 pada 21 September 2018 ini (JUMAAT)!

Karnival yang julung kali diadakan itu dijadualkan berlangsung di Glasshouse, Seputeh pada jam 7 petang. Difahamkan, karnival seumpama itu diadakan bagi meraikan selain menawarkan ganjaran menarik khusus untuk pemilik Honor 10 dan juga Honor Play di Malaysia.

Lebih istimewa, orang ramai juga boleh bertemu dan beramah-mesra dengan selebriti tempatan seperti Hunny Madu, Altimet, Nabila Razali dan juga DJ Elizabeth Wa.

Selain beramah mesra, orang ramai turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa yang disediakan oleh pihak Honor dengan mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan.

Maklumat aktiviti seperti berikut:

Kepada orang ramai dan juga peminat Honor yang berminat menghadiri karnival ini boleh mendaftar secara percuma di SINI. Bagi pemilik Honor 10 dan Honor Play pula tidak perlu mendaftar sebaliknya boleh terus menghadirinya secara percuma.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here