Logitech Slim Folio – Papan Kekunci Direka Untuk Apple iPad 9.7″

161
**********

Logitech, sebuah jenama yang sedia terkenal dalam arena aksesori komputer kini memperkenalkan Logitech Slim Folio yakni papan kekunci dengan sambungan bluetooth dan kerangka yang direka khas untuk Apple iPad 9.7″ (generasi kelima).

Difahamkan, papan kunci berkenaan hadir dengan rekaan kekunci yang besar bagi memudahkan para pengguna menaip dengan pantas.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan fungsi dan kekunci ios yang meletakkan kawalan iPad di hujung jari anda – membolehkan anda menukar aplikasi, mengakses Home Screen, mengawal kelarasan bunyi dan mengaktifkan fungsi carian tanpa menyentuh paparan pada skrin iPad.

Lebih menarik lagi, aksesori ini juga hadir dengan sel bateri yang dikatakan mampu bertahan sehingga 4 tahun di samping turut dilengkapi dengan sistem fungsi on-off secara automatik apabila membuka iPad dan menutup iPad.

Logitech Slim Folio bakal berada di pasaran Malaysia bermula 19 September depan dan boleh didapati semua Apple Premium Resellers dengan harga RM449.00 seunit!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here