Lenovo Tawar Baucar Permainan Hebat Untuk Setiap Pembelian Laptop Legion

Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan untuk Lenovo Legion Family 2018 pada Ogos lalu, Lenovo dilihat terus menawarkan pengalaman permainan luar biasa kepada pengguna dengan pelbagai tawaran yang hebat melebihi USD180 (kira-kira RM745)!

Bermula sekarang hingga 31 Oktober 2018, pelanggan yang membeli mana-mana produk Lenovo Legion berasaskan Intel® Core ™ i5 atau i7 akan menerima kod baucar yang boleh digunakan untuk memuat turun permainan seperti Counter-Strike (CS: GO), Final Fantasy XV Windows Edition, Hello Neighbour, PlayerUnknown’s Battlegrounds.

Lebih menariknya, kod baucer itu juga boleh digunakan untuk pembelian barangan di dalam permainan World of Tanks selain boleh ditebus untuk satu sesi pembelajaran skill gaming oleh jurulatih e-sukan profesional.

Pembelian boleh dibuat di mana-mana kedai Lenovo Exclusive Store (LES) seluruh Malaysia atau stor dalam talian Lenovo dan pelanggan boleh menebus kod baucar permainan mereka melalui cara ini:

Langkah 1 : Lawati laman web Lenovo Legion dan isikan maklumat yang diperlukan .

Langkah 2 : Lampirkan salinan bukti pembelian peranti Lenovo Legion yang layak semasa tempoh promosi.

Langkah 3 : Tekan butang ‘Submit’ dan satu e-mel dengan kod baucer akan dikeluarkan selepas mengesahkan penyertaan adalah sah.

Langkah 4 : Setelah menerima e-mel dari Lenovo, klik di sini dan masukkan kod baucer untuk memuat turun item pilihan anda. Selamat berhibur !

Tempoh penyertaan untuk menebus kod baucer permainan ditutup pada 5 November 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Lenovo Legion, sila klik di sini.

You might also like