Lazada Perkenal Ciri Carian Imej Berkuasa AI Pada Aplikasi

260
**********

Menjelang bahang kehangatan Shopathon Lazada yang bakal berlangsung pada 27 September ini, Lazada nampaknya mengorak langkah lebih maju apabila memperkenalkan ciri terkini menerusi aplikasinya iaitu ‘Carian Imej’.

Apa yang lebih menarik, ciri baharu tersebut menggunakan teknologi ‘Artificial Intelligence (AI)’ di mana membolehkan para pembeli mengambil gambar  item yang dikehendaki dan Lazada akan mencadangkan item serupa yang tersedia di platform mereka.

Menarik kan? Bagaimana ciri ini berfungsi? Mudah sahaja…

Klik ikon kamera yang berlabel “Scan” pada bahagian atas sebelah kiri di halaman utama aplikasi. Kemudian, anda hanya perlu mengambil gambar atau memilih gambar daripada galeri. Begitu mudahkan prosesnya!

Fungsi yang sama juga boleh digunakan untuk mengimbas kod QR, yang mana akan membawa anda terus ke halaman promosi, produk atau penjual dalam aplikasi Lazada. Pelanggan boleh mendapatkan kod QR Lazada di kedai dan penjual luar talian yang terpilih.

Nikmati tawaran, promosi dan baucar yang mengagumkan!

Dalam pada itu, pihak Lazada memaklumkan anda boleh menikmati pelbagai tawaran dan promosi hebat apabila membeli-belah ketika berlangsungnya acara Shopathon Lazada! Antaranya seperti :

  • Slash It 

Anda boleh menikmati pengurangan harga yang menakjubkan bagi sesuatu barangan dari katergori DIY, Kesihatan & Kecantikan, Beg dan Kembara dan banyak lagi.

  • Jualan ‘Crazy Flash’

Anda boleh boleh menikmati jualan kilat barangan pada harga serendah RM1 yang berlaku sebanyak 6 kali ketika acara berlangsung (pada jam 9 pagi, 12 tengahari, 3 petang, 6 petang, 9 malam and tengah malam!)

  • Baucar Kolektibel Bernilai Sehingga 2 Juta Ringgit! 

Baucar ini boleh didapati dari 24 September dan anda boleh menggunakannya pada hari Shopathon. Ia membolehkan anda menikmati diskaun tanpa perlu mengingati kod diskaun ini adalah terpakai secara automatik semasa pembayaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Lazada.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here