Lazada Lancarkan Lazmall, Perkenal Festival Beli Belah Baharu

518

Platform e-dagang terkenal, Lazada secara rasminya telah memperkenalkan Lazmall yang mana menjadi destinasi sehenti untuk pelbagai produk asli pelbagai jenama selain menawarkan pelanggan dengan perkhidmatan yang dipercayai.

Lazmall dikatakan melancarkan lebih daripada 500 jenama antarabang dan tempatan termasuklah Apple, L’oreal, Samsung, Oppo dan banyak lagi.

Dengan Lazmall, pihak lazada membuat tiga perjanjian besar :

  • Lazmall menjanjikan penghantaran keesokan hari di mana setiap produk akan diterima dalam tempoh 24 jam dari masa pembelian.
  • Lazada menjamin ketulenan produk yang dijual di LazMall, di mana pelanggan akan menerima dua kali wang kembali jika mereka menghadapi produk yang tidak tulen.
  • LazMall menawarkan 15 hari pulangan tanpa sebarang kos dan pelanggan boleh membuat pengembalian produk di mana-mana 2,000 pusat pemulangan Lazada sekitar Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Christophe Lejeune mengumumkan bahawa Lazada adalah platform e-dagang yang pertama untuk menawarkan pelanggan penghantaran hari esok, bermula dengan Lembah Klang.

Dalam pada itu, Lazada juga mengumumkan perancaran extravaganza beli belah baharu yang digelar 9.9 yang bermula 9 September 2018 di mana para pembeli boleh menikmati diskaun dan tawaran yang hebat pada produk terpilih di platform Lazada.

Untuk maklumat lanjut, Sila layari laman web rasmi Lazmall.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here