Kerjasama Dengan Shiseido, Oppo Sediakan Edisi Khas F9 Starry Purple

216
**********

Berikutan dengan pelancaran memperkenalkan Oppo F9 dalam warna Starry Purple tidak lama lagi, Oppo hari ini turut membuat kejutan mengumumkan kerjasama dengan jenama kosmetik terkemuka di Jepun iaitu Shiseido.

Melalui kerjasama ini, pihak Oppo menawarkan Oppo F9 Starry Purple yang didatangkan bersama kotak hadiah eksklusif edisi terhad berwarna ungu yang mana turut menyertakan logo kolaborasi Oppo dan Shiseido.

Difahamkan, pelanggan yang membeli kotak hadiah edisi khas ini bakal menerima F9 Starry Purple, Gincu Shiseido selain banyak lagi kejutan lain! Tunggu lebih banyak maklumat dan kejutan daripada OPPO semasa pelancaran pada 2 Oktober 2018!

Baca juga :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here