Kedai Pertama Xiaomi Di Perak Rasmi 10 September, Tawaran Promosi Hingga 50%

1296

SNS Network (M) Sdn Bhd akan mengadakan majlis pembukaan rasmi kedai konsep Xiaomi pertamanya di Perak pada 10 September depan (ISNIN).

Terletak di tingkat dua pusat belah-belah Ipoh Parade, kedai berkenaan mempamerkan sejumlah besar peranti pintar Xiaomi berserta aksesori keluaran mereka yang terkini.

Bersempena dengan pembukaan rasminya, SNS Network akan memberi ganjaran tawaran promosi eksklusif pada item tertentu sehingga 50% kepada para pelanggan yang hadir menyaksikan majlis perasmian kedai berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mi Store yang sah, layari laman web rasmi SNS Network atau hubungi talian 1700-817-616.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here