Jom Sertai Honor 10 Cutest Pet Contest, Menangi Pelbagai Hadiah Menarik!

215
**********

Hai peminat setia peranti pintar Honor di luar sana, kami ada berita gembira untuk anda semua!! Honor Malaysia kini telah melancarkan satu peraduan fotografi yang dinamakan Honor 10 Cutest Pet Contest .

Anda nak menang peranti pintar Honor 10 dan banyak lagi hadiah? Anda ada haiwan peliharaan yang comel? Okay, jom sertai Honor 10 Cutest Pet Contest sekarang! Dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan oleh pihak Honor!

Peraduan ini terbuka kepada pengguna peranti pintar Honor SAHAJA dan ianya berlangsung mulai 20 September sehingga 28 Oktober 2018. Gambar yang diambil mestilah unik dan menarik untuk membolehkan anda memenangi hadiah-hadiah yang disediakan!

Macam mana nak sertai peraduan ni? Caranya mudah sahaja :

Langkah 1: Peserta perlu ‘LIKE’ laman facebook dan ‘FOLLOW’ Instagram rasmi Honor Malaysia.

Langkah 2 : Ambil gambar haiwan peliharaan anda dengan cara yang paling kreatif dan menarik menggunakan peranti pintar Honor. (Contoh haiwan : kucing, anjing, ikan dan sebagainya). Setiap gambar hendaklah disertakan dengan ‘watermark’ Honor.

Langkah 3 : Kongsikan gambar tersebut di media sosial (Facebook atau Instagram) dan lengkapkan entri anda dengan kepsyen yang paling unik! Pastikan setting akaun media sosial anda ditetapkan kepada umum.

Langkah 4 : Jangan lupa tag @HonorMY (untuk posting di Facebook) dan @honormalaysia (untuk posting di Instagram). Sertakan juga hashtags berikut : #Honor10CutestPetContest #Honor10PetStar dan # Petsmore supaya posting anda dapat dilihat.

Pemenang bertuah peraduan ini akan memenangi penawaran hadiah utama yang merupakan peranti Honor 10 itu sendiri disamping pelbagai lagi hadiah eksklusif yang menarik seperti trofi, bakul hadiah serta keahlian selama satu tahun dari petsmore dan banyak lagi!!

Pemenang untuk peraduan ini akan diumumkan pada 31 Oktober 2018 di platform media sosial honor Malaysia. Pihak honor turut menambah, penyertaan yang berjaya akan dipaparkan di aplikasi tema honor dan laman sesawang rasmi hihonor.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here