IFA 2018 : Sony Xperia XZ3 Hadir Dengan Panel OLED Terkini

827
**********

Pada acara IFA 2018, Sony telah memperkenalkan peranti pintar terbaru mereka iaitu Xperia XZ3 yang hadir dengan panel OLED terkini, sekaligus membawa beberapa perkara baru berbanding model keluaran lepas.

Xperia XZ3 didatangkan dengan paparan skrin 6 inci resolusi 2880 × 1440 piksel dengan panel OLED, Sony juga menggunakan Corning Gorilla Glass 5 untuk pelindung skrin.

 

Untuk spesifikasi pula, model ini dikuasakan oleh Snapdragon 845, ia juga didatangkan dengan memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad microSD.

Ciri-ciri lain termasuk kapasiti bateri 3,000mAh, kamera utama 19 Megapiksel dengan sokongan rakaman gerak-perlahan sehingga 960fps. Bagi kamera swafoto, peranti ini menggunakan kamera hadapan 13 Megapiksel yang menyokong ciri mod sudut lebar dan potret.

Xperia XZ3 menggunakan OS terbaru iaitu Android 9.0 Pie. Peranti pintar ini juga mempunyai pengimbas cap jari, port USB Type-C tetapi tidak menyediakan port audio 3.5mm.  Peranti ini akan hadir dengan empat pilihan warna iaitu Hitam, White Silver, Forest Green dan Bordeaux Red.

1 komen

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here