IFA 2018 : Huawei Bolot 13 Anugerah – Kirin 980 Terima 7 Anugerah

833
**********

Meskipun banyak syarikat gergasi yang mempamerkan produk terbaru mereka di pentas IFA 2018, namun Huawei dilihat sekali lagi menonjol daripada yang lain apabila telah memenangi 13 anugerah secara keseluruhannya pada acara itu.

Selepas perlancaran cip pemprosesan mereka yang terbaru iaitu Kirin 980, Huawei dikatakan telah memenangi 7 anugerah antarabangsa teratas di IFA 2018 untuk prestasi tinggi dan ciri tenaga yang cekap.

Huawei Kirin 980 memenangi anugerah “Best of IFA 2018” daripada Android Authority. Cipset mewah baru itu dipuji kerana prestasi dan kecekapan tenaga yang dilihat amat mengagumkan.

Seterusnya, , Huawei Kirin 980 turut dianugerahkan dengan penghargaan “Editor’s Choice” dan “Best of IFA 2018” oleh Digital Trends.Cipset itu turut dipuji kerana menjadi penambahbaikan yang ketara terhadap keluaran sebelumnya iaitu Kirin 970.

Expert Reviews pula memberikan Kirin 980 anugerah “Best of IFA 2018” kerana ia menjadi SoC penuh pertama di dunia yang dihasilkan dalam proses pembuatan 7nm dan penambahbaikan yang dibawa kepada penangkapan foto dan rakaman video.

T3 turut menganugerahkan Huawei dengan “Innovation Award” untuk Kirin 980. Mereka mengulas bahawa penambahbaikan kepada kuasa pemprosesan dan kecekapan telah menyebabkan telefon menjadi cepat, hayat bateri menjadi lebih baik selain memberi pengalaman yang menakjubkan pada pengguna.

Selain daripada yang tersenarai di atas, Huawei turut memenangi beberapa anugerah lain daripada TechRadar, Android Headlines, Gear Diary, GadgetMatch, Talk Android, TechSpot, dan juga European Image and Sound Association (EISA).

Baca juga :

Selain Kirin 980, produk lain seperti Huawei AI Cube, Huawei Locator dan Huawei P20 Pros turut menerima bebepara anugerah.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here