Huawei P20 Pro Kalah! Mate 20 Pro Menduduki Tempat Paling Atas Dari DxOMark!?

597
**********

Pengguna Huawei P20 Pro amat bangga dengan keupayaan peranti pintar mereka terutama pada bahagian kamera, kerana ia mendapat pengiktirafan sebagai peranti pintar dengan kamera terbaik dari DxOMark.

Mungkin menjelang bulan Oktober nanti, takhta ini akan direbut oleh saudara mereka iaitu Huawei Mate 20 Pro. Menurut gambar tertiris di weibo, sebilangan peranti terbaru telah tersenarai dalam keputusan ujian DxOMark yang jelas memaparkan siri Mate 20 berada di tangga paling atas, mendahului P20 Pro yang terpaksa turun ke tempat kedua.

Dalam gambar tertiris juga kita nampak iPhone terbaru Xs Max dan Xs, Google Pixel 3, Sony Xperia XZ2 Premium dan Mate 20. Adakah pendedahan ini “tulen” dari DxOMark? Kita nantikan sama-sama.

[ SUMBER ]

Baca Juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here