Huawei Nova 3 Primrose Gold Tampil Elegen, Pasti Pikat Hati Ramai

499
**********

Mula diperkenal pada Julai yang lalu, kehadiran peranti pintar Huawei Nova 3 ke pasaran tempatan dilihat mendapat perhatian dan disambut baik oleh pelbagai pengguna.

Kali ini, Huawei sekali lagi memberi kejutan dengan menampilkan edisi ekslusif Nova 3 yang berwarna Primrose Gold sebagai warna terbaru telefon pintar ‘flagship’ itu selepas melancarkan warna Iris Purple (ungu), Black (hitam) dan Red (merah) sebelum ini.

Lebih menariknya, Nova 3 versi Primrose Gold kali ini hadir dengan tona warna berbeza di samping menerima sentuhan ekslusif sekaligus direka khas untuk menambat hati pengguna!

Huawei Nova 3 adalah peranti yang lebih memfokuskan kepada generasi pemuda-pemudi, terutama mereka yang suka mengambil gambar dengan peranti pintar telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.3 inci IPS LCD FHD+ di samping menggunakan cip pemprosesan Kirin 970 bersama memori 6GB dan storan sebesar 128GB.

Bagi aspek kamera pula, Huawei Nova 3 direka dengan kamera utama 24MP + 16MP manakala kamera swafoto pula menggabungkan dwi kamera sebesar 24MP + 2MP.

Teruskan bersama kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ketersediaan peranti ini yang akan tiba di pasaran tempatan tidak lama lagi!

Baca juga :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here