Gelang Tangan Pintar Xiaomi Mi Band 3 – Ditawarkan Pada Harga RM129

461
**********

Ramai yang sedang menunggu ketibaan gelang tangan pintar Xiaomi Mi Band 3, ada yang sanggup membeli set import kan?! Ha.. selepas lama menunggu, pihak Xiaomi Malaysia selain mengumumkan kehadiran Xiaomi Mi Max 3 pada harga RM1,099 mulai 27 September 2018, turut membawa masuk Mi Band 3 ke pasaran Malaysia.

Akhirnya! Xiaomi Mi Band 3 merupakan sebuah gelang tangan pintar yang bukan sekadar produk untuk kecergasan, ia juga boleh dijadikan sebagai alat untuk memantau di mana notifikasi akan dipaparkan pada skrin OLED bersaiz 0.78 inci.

Selain menjejaki langkah perjalanan dan status kecergasan anda, gajet ini juga boleh digunakan untuk mengetahui lokasi peranti pintar, serta menjadi penggera walaupun peranti dimatikan.

Satu lagi peningkatan pada Mi Band 3 adalah kali pertama menyokong kalis air sehingga 5 ATM, berbanding model sebelumnya kini anda boleh memakai Mi Band 3 untuk berenang.

Mi Band 3 boleh dipadankan bersama peranti Android dan iOS di bawah aplikasi Mi Fit, berminat boleh beli mulai 27 September 2018 pada harga mesra RM129 di mana-mana kedai Mi Stores, Lazada dan Shopee.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here