Dua Tablet Baharu Samsung Galaxy Tab S4 & Tab A 10.5 (2018) Diperkenalkan – Harga Bermula RM1,699

232
**********

Bulan Februari yang lalu kita pernah membuat laporan mengenai tablet Samsung Galaxy Tab S4 yang bakal diperkenalkan ke pasaran tempatan, dan setelah beberapa bulan menunggu kini tablet ini sudah sampai. Pada masa yang sama juga Galaxy Tab A 10.5 (2018) turut dirasmikan bersama-sama.

Samsung Galaxy Tab S4

Budaya kerja masa kini adalah multitasking, bersama itu Galaxy Tab S4 hadir dengan ciri-ciri produktiviti dan hiburan terbaik dalam kelasnya. Sebagai tablet pertama yang menawarkan sokongan Samsung DeX, Galaxy Tab S4 memberikan anda pilihan untuk beralih dari antaramuka Android ke pengalaman desktop dengan serta-merta. Anda boleh membuka beberapa tetingkap bergaya desktop untuk aplikasi Android, termasuk Microsoft Office.

S-Pen disertakan bagi memudahkan kerja lakaran dibuat, seperti peranti pintar Note9.

Galaxy Tab S4 dilengkapi paparan skrin 10.5 inci Super AMOLED, adanya sokongan AKG dengan teknologi Dolby Atmos dapat membawa hiburan sepenuhnya ke kehidupan harian anda. Selain itu, bateri berkapasiti 7,300mAh juga mempu menjamin penggunaan selama 15 jam untuk menonton video.

Spesifikasi lain termasuk cip pemproses Snapdragon 835 Octa-core 2.35GHz, 4GB RAM dan 64GB ROM dengan sokongan kad microSD sehingga 400GB, kamera utama 13MP, kamera hadapan 8MP, semua ini dioperasikan di bawah sistem Android 8.1 Oreo.

 

Galaxy Tab A 10.5 (2018)

Satu lagi tablet khusus untuk pilihan hiburan yang mesra keluarga, Galaxy Tab A 10.5 (2018) selain mempunyai ciri audio (Dolby Atmos) dan visual (skrin 10.5 inci) yang dipertingkatkan untuk menikmati filem kegemaran, bermain permainan atau mendengar muzik, ia juga menawarkan ibu bapa kawalan untuk menguruskan kandungan dan masa penggunaan dengan Kids Mode, suatu antaramuka mesra kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri unik seperti Kids Browser, Galaxy Apps for Kids, dan lapan aplikasi percuma untuk kanak-kanak.

Di samping Kids Mode, ibu bapa juga boleh menggunakan mod Multi User untuk membuat pelbagai akaun pada peranti yang sama, seperti satu akaun untuk kanak-kanak dan satu lagi untuk ibu bapa.

Tablet berskrin 10.5 inci ini dilengkapi pemproses Octa-core 1.8GHz bersama 3GB RAM dan 32GB ROM yang menyokong kad microSD sehingga 400GB. Bateri tablet ini juga sama seperti Tab S4 iaitu sebesar 7,300mAh, kamera pula beresolusi 8MP pada panel belakang sementara 5MP untuk kamera hadapan.

Kedua-dua tablet baharu ini boleh didapati di semua kedai Samsung dan pengedar sah dengan harga jualan RM3,099 (Tab S4) dan RM1,699 (Tab A 10.5), tersedia dalam pilihan warna hitam dan kelabu. Promosi turut ditawarkan dengan Cover Book untuk setiap pembelian Galaxy Tab S4 dan Battery Pack untuk setiap pembelian Galaxy Tab A 10.5 secara PERCUMA, bermula dari 21 September hingga 31 Oktober 2018, sementara stok masih ada.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here