Dota 2 Major Kuala Lumpur Berlangsung 16 November, RM4 Juta Jadi Taruhan!

320
**********

Berita baik buat semua peminat sukan elektronik (E-sukan) di Malaysia Kejohanan Dota 2 Major bakal diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 November depan!

Acara julung kali dianjurkan itu dijayakan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Astro, PGL dan juga Imba TV serta disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Difahamkan, acara berkenaan bakal menampilkan sebanyak 16 pasukan antarabangsa yang akan bertanding bagi merebut hadiah terkumpul lebih daripada RM4 juta.

Bagi peminat e-sukan ini yang ingin menyaksikan acara akhir secara langsung, tiket akan dijual dalam pilihan harga RM180, RM330 dan RM600.

Pelanggan U Mobile akan menikmati diskaun 20% semasa Pra-Jualan eksklusif yang bermula dari 6 September hingga 16 September 2018.

Selain itu pelanggan astro turut boleh menikmati promosi yang sama semasa Pra-Jualan eksklusif yang bermula dari 11 September hingga 16 September 2018.

Jualan tiket awam akan bermula dari 17 September dan seterusnya dengan tiket terhad yang tersedia pada harga early bird.

Semua butiran lanjut mengenai tiket dan acara sila layari www.thekualalumpurmajor.com.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here