Celcom Tawar 100,000 Telefon Pintar Percuma Selama 101 Hari!

1298
**********

Celcom Axiata Berhad menawarkan para pelanggan peluang eksklusif untuk memiliki satu atau lebih telefon pintar daripada 100,000 yang ditawarkan secara PERCUMA tanpa sebarang bayaran pendahuluan.

Mulai sekarang hingga 29 Disember 2018, pelanggan bakal menikmati peluang pengecualian bayaran pendahuluan untuk kesemua pelan peranti tergabung pasca bayar Celcom. (Celcom Mobile Gold Plus, Celcom Mobile Gold Supreme, Celcom Mobile Platinum dan Celcom Mobile Platinum).

Bagi pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan Celcom lebih dari 12 bulan dan tidak pernah dikenakan sekatan perkhidmatan selama 3 bulan, mereka boleh menikmati pengecualian awal apabila melanggan salah satu daripada empat pelan tersenarai bersama kontrak peranti Celcom.

Selain itu, pelanggan baru Celcom juga mereka dapat menikmati pengecualian bayaran pendahuluan separa apabila mereka mendaftar dengan mana-mana pelan peranti tergabung Celcom.

Di samping itu, Celcom memperkenalkan dua ciri peranti tergabung baru iaitu Contract Extension dan Change Plan Anytime.

  • Contract Extension – Membolehkan pelanggan yang memiliki kontrak berbaki kurang daripada 12 bulan untuk menaik taraf telefon pintar sedia ada dengan peranti baru tanpa caj penalti
  • Change Plan Anytime – Menawarkan pelanggan kontrak sedia ada menaik taraf pelan Celcom Mobile mereka tanpa sebarang bayaran tambahan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan terma dan syarat tawaran, layari laman web Celcom.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here