Celcom, Ericsson Jalin Kerjasama Naik Taraf Rangkaian LTE Di Seluruh Malaysia

204
**********

Celcom kini menjalinkan hubungan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi tanpa wayar terkenal dari Sweden, Ericsson bagi memperluaskan dan menaiktaraf liputan rangkaian LTE Celcom di seluruh Malaysia.

Menerusi perjanjian berkenaan, Ericsson akan menyediakan Rangkaian Akses Radio (RAN) daripada portfolio Sistem Radio Ericsson (ERS) miliknya untuk membantu Celcom memenuhi permintaan perkhidmatan data yang semakin meningkat.

Pada masa sama, perkakasan RAN Ericsson tersebut juga akan membantu menyediakan platform untuk Celcom memperkembangkan rangkaiannya kepada 5G kelak.

Pada tahun 2017, kedua-dua pihak ini telah melaksanakan percubaan rangkaian 5G yang pertama di Malaysia yang mana diuji pada gelombang 28GHz sekaligus menjadikannya sebagai percubaan 5G pertama di Asia Tenggara.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here