Canon EOS R Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

250
**********

Selangkah ke hadapan dalam bidang optik, Canon secara rasminya telah memperkenalkan sebuah kamera bingkai penuh tanpa cermin (full-frame mirrorless) mereka yang terbaru untuk pasaran tempatan iaitu Canon EOS R.

Canon EOS R hadir bersama sensor 30.3 Megapiksel selain dikatakan mempunyai kebolehan untuk merakam gambar sehingga 8 keping dalam satu saat. Selain itu, difahamkan ia juga hadir dengan sokongan rakaman video 4K 30fps.

Melengkapkan kamera ini adalah sebuah sokongan cagak dikenali sebagai RF-Mount yang mana turut menyokong rangkaian lensa EF, EF-S, TS-E dan juga MP-E melalui penggunaan penyesuai yang ditawarkan.

Seperti pelbagai kamera moden masa kini, ia turut menyertakan penggunaan bluetooth dan sokongan WiFi di samping turut didatangi dengan skrin sesentuh LCD berukuran 3.15-inci.

Canon EOS R kini dijual di Malaysia pada harga RM9,888 untuk kamera sahaja manakala kamera dengan kit lensa asas yang hadir dengan lensa 24-105mm pula ditawarkan pada harga RM14,688.

Sempena pelancaran, promosi pra-pesanan akan ditawarkan mulai 26 September 2018 dan ia tersedia untuk diambil bermula 9 Oktober 2018.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here