Asia Pacific Predator League 2019 Bakal Kembali, USD 400,000 Jadi Taruhan!

301
**********

Berikutan sambutan yang menggalakkan, Kejohanan e-sukan permainan Dota 2, Asia Pacific Predator League 2019 bakal kembali lagi pada awal tahun depan dengan penawaran dua perlawanan (Dota 2 & PUBG) disamping hadiah yang lebih besar!

Kejohanan kali ini bakal mengumpul penyertaan dari 16 buah negara termasuk Taiwan, Korea, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Jepun, Singapura, Australia, India, China, Macau, Hong Kong, Myanmar dan Sri Lanka yang berentap untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah USD 400,000 (kira-kira RM1,655,000).

Bagi Dota 2, terdapat pusingan kelayakan secara luar talian yang akan diadakan di enam (6) cyber cafe iaitu Mineski Teluk Cempedak Kuantan, M & M Premium eSports Café Ipoh, Mineski Arena Johor, Mineski Setiawangsa KL, Mineski Arena Kajang dan Eternity eSports Penang dan 4 penyertaan secara atas talian.

Sehubungan dengan itu, pada 4 hingga 6 November pusingan terakhir akan berlangsung di Pusat Beli-belah One Utama dan pemenang bakal membawa pulang sebahagian besar (RM25,000) daripada jumlah hadiah wang tunai RM56,000.

Bagi PUBG pula, terdapat empat pusingan kelayakan secara atas talian yang akan berlangsung 29 Sept, 30 Sept, 13 Okt dan 14 Okt 2018. Kumpulan yang berada di lima senarai teratas akan berentap dipusingan terakhir yang berlangsung di Empire City Mall, Damansara Perdana pada 27 hingga 28 Oktober 2018. Pemenang bakal membawa pulang wang tunai sejumlah RM4,000 beserta papan kekunci Predator Aethon 500.

Liga Asia Predator 2019 akan diadakan pada 15 hingga 17 Februari 2019 di Stadium Nimibutr, Bangkok, Thailand. Untuk butiran lanjut mengenai acara ini, anda boleh klik pada pautan DI SINI.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here