Acer Penyedia Rasmi Monitor, Laptop Untuk The Kuala Lumpur Major

174
**********

Acer kini diumumkan sebagai penyedia rasmi monitor dan laptop untuk Kejohanan Dota 2 Major bakal diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 November depan!

Dalam usaha meluaskan lagi jenamanya ke peringkat lebih baik, pihak Acer memaklumkan bahawa mereka telah menandatangani perjajian dengan PGL dan rangkaian EGG sekaligus menjadikan syarikat itu sebagai pemantau rasmi dan penyedia komputer riba untuk kejohanan berkenaan.

Kesepakatan itu bakal menyaksikan para pemain Major KL bakal menggunakan monitor Acer XF250Q 25 inci manakala pengalisa pula akan menggunakan menggunakan komputer riba model Predator Helios 500.

Predator Helios 500

Bagi peminat e-sukan ini yang ingin menyaksikan acara akhir secara langsung, tiket akan dijual dalam pilihan harga RM180, RM330 dan RM600. Semua butiran lanjut mengenai tiket dan acara sila layari www.thekualalumpurmajor.com.

Baca juga :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here