**********

Samsung bakal hadir dengan model terbaru Galaxy A7 (2018) pada 11 Oktober 2018 ini melalui acara ‘Samsung Galaxy Unpacked’. Sebelum ini, kita telah melihat perbandingan spesifikasi di antara Galaxy A7 (2018) vs Galaxy A7 (2017).

Sekarang apa kata kita lihat pula penambahbaikan yang ada pada Galaxy A7 (2018). Sedikit spesifikasi mengenai peranti ini adalah dibekalkan paparan skrin ‘Infinity Display’ berukuran 6-inci Super AMOLED, memori sebesar 128GB bersama RAM 4GB serta telefon pintar pertama Samsung yang dilengkapi tiga buah kamera utama.

1. Dioperasikan oleh Android Terkini

Salah satu penambahbaikan yang terdapat pada model Galaxy A7 (2018) adalah dioperasikan oleh OS terkini. Berbanding dengan Galaxy A7 (2017) yang menyokong OS Android 6.0 Marshmallow, peranti terbaru ini dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo yang pastinya jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

2. Sokong Pemproses Lebih Berkuasa

Memandangkan model ini merupakan versi peningkatan, ia hadir dengan sokongan pemproses yang lebih berkuasa. Berlainan dengan model sebelum ini yang dikuasakan oleh Exynos 7 Octa 7880 berkelajuan Octa Core 1.9GHz, kali ini Samsung mempertaruhkan cip pemproses Exynos 7 Octa 7885 dengan CPU Octa Core 2.2GHz.

3. Memori Lebih Besar

Dengan pilihan memori lebih besar, tidak menjadi masalah buat para gamers untuk bermain permainan mudah alih di dalam telefon pintar ini. Bukan itu sahaja, menonton video berkualiti tinggi juga pastinya lebih menyeronokkan dengan tersedianya memori sebesar 64GB serta 4GB RAM.

4. Tri-Kamera

Kelebihan yang dimiliki oleh peranti ini adalah dilengkapi dengan sokongan penggambaran tri-kamera utama yang tiada pada model sebelumnya. Galaxy A7 (2018) adalah model pertama yang hadir dengan sokongan tiga kamera utama iaitu 24 Megapixel (f/1.7), 8 Megapixel (f/2.4) lensa ultra lebar dan sensor kedalaman 5 Megapixel (f/2.2).

Manakala kamera depan pula sebesar 24 Megapixel (f/2.0) dengan sokongan LED flash. Bukan itu sahaja, kamera hadapan peranti ini juga telah dinaiktaraf dari 16 Megapiksel kepada 24 Megapiksel.

5. Skrin Besar & Nipis

Bagi penggemar paparan berskrin besar, telefon pintar ini boleh dipertimbangkan di mana menampilkan skrin¬†‘Infinity Display’ berukuran 6-inci berbanding 5.7-inci model sebelumnya. Malah model ini juga kelihatan lebih nipis dengan ketebalan hanya 7.5mm berbanding 7.9mm pada Galaxy A7 (2017).

ULASAN…

Jika dilihat pada penambahbaikan model terbaru ini, tidak keterlaluan jika kami mengatakan amat berbaloi untuk memiliki Samsung Galaxy A7 (2018). Bagi yang gemar mengambil gambar dan inginkan paparan skrin yang lebih besar serta nipis, peranti ini boleh dipertimbangkan! Dikuasakan oleh pemproses berkuasa, ia juga hadir dengan spesifikasi yang berbaloi dengan harganya.

Namun begitu, walaupun ia merupakan model peningkatan, tetapi apa yang kurang memuaskan pada telefon pintar ini adalah kapasiti baterinya telah direndahkan kepada 3300mAh berbanding 3600mAh pada model sebelum ini, mungkin bagi tujuan keselamatan. Tetapi, tidak pula diberitahu sama ada telefon pintar ini hadir dengan sokongan pengecasan ataupun sebaliknya.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here