2 Peranti Wiko: View2 Plus & Tommy3 Plus Diperkenalkan Rasmi

727

IFA 2018 Berlin memperlihatkan pengenalan awal pada peranti baharu Wiko, dan kini Wiko Malaysia mengambil kesempatan memperkenalkan dua model iaitu View2 Plus dan Tommy3 Plus ke pasaran tempatan.

Wiko View2 Plus

Peranti ini hadir bersama paparan skrin 5.93 inci HD+ dengan nisbah 19:9, ukuran ini amat sesuai untuk digunakan hanya dengan sebelah tangan. View2 Plus dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 450 berkelajuan Octa-core 1.8GHz, bersama 4GB RAM dan ruangan storan dalaman 32GB yang juga menyokong kad microSD sehingga 256GB.

Teknologi AI juga menjadi salah satu fokus pada kamera View2 Plus, dengan gabungan 12MP + 5MP pada panel belakang serta 8MP pada kamera hadapan, anda boleh menikmati keseronokan bergambar pada bila-bila masa sahaja.

Ia beroperasi di bawah Android Oreo dengan kapasiti bateri sebesar 4,000mAh, tersedia dalam dua pilihan warna menarik iaitu Supernova dan Anthracite pada harga RM559 mulai 20 September 2018. Selain itu, Wiko juga menawarkan promosi eksklusif untuk tiga hari sahaja mulai 17-19 September 2018 dengan tawaran harga RM499 HANYA di Wiko Official Store Lazada.

 

Wiko Tommy3 Plus

Sebuah lagi peranti baharu diperkenalkan ialah Wiko Tommy3 Plus, ia merupakan model peningkatan bagi Tommy3 dengan sokongan RAM telah ditambahbaik ke 2GB berbanding sebelumnya (1GB), serta kamera utama beresolusi 13MP sementara 5MP pada kamera hadapan.

Paparan skrin masih kekal sama seperti model sebelumnya, iaitu 5.45 inci HD+ yang menyokong nisbah 18:9, ciri-ciri lain termasuk sistem pengecaman wajah, bateri berkapasiti 2,900mAh serta 16GB ROM dengan sokongan kad microSD sehingga 128GB.

Wiko Tommy3 Plus hadir dengan pilihan warna Anthracite Mirror, Gold, Bleen dan Cherry Red, boleh didapati mulai 17 September pada harga RM399 di semua pengedar sah Wiko.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here