Xiaomi Mi 8 Kini Dilancarkan Harga Bermula RM1,599

422
**********

Peranti Xiaomi Mi 8 untuk pasaran tempatan kini telah dirasmikan oleh pihak Xiaomi Malaysia, dua varian ditawarkan iaitu 6GB RAM dan 64GB ROM pada harga RM1599, sementara 6GB RAM dan 128GB ROM ditawarkan pada harga RM1899. Peminat Xiaomi boleh dapatkan peranti ini melalui Lazada dan Shopee mulai 16 Ogos 2018 nanti.

Xiaomi Mi 8 merupakan telefon pintar yang hadir dengan rekaan skrin takuk, di sini juga memperlihatkan sensor infra-merah bagi sistem pengecaman wajah. Paparan skrin 6.21 inci FHD+ AMOLED bersama nisbah 18:7:9 menjanjikan pengalaman visual yang lebih luas sama ada melayari Internet, menonton video atau bermain permainan.

Bahagian kamera mempunyai rekaan dwi lensa beresolusi 12MP + 12MP dengan aperture f/1.8 + f/2.4, manakala kamera hadapan 20MP hadir bersama aperture f/2.0 dan sokongan ciri-ciri AI seperti AI portrait selfie dan AI Beautify.
Kuasa peranti dijana dengan cip pemproses Snapdragon 845, turut serta sokongan grafik Adreno 630, dan mempunyai kapasiti bateri sebesar 3400mAh.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here