Vivo V11 Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia?

391
**********

Tahun ini vivo agak agresif dalam memperkenalkan peranti baharu mereka yang penuh gimmick, terbaru melalui laman FB vivo Malaysia jelas nampak gambar acah yang menunjukkan “V11 COMING SOON” dipaparkan.

Walaupun V11 masih belum dilancarkan lagi sehingga hari, tetapi seperti biasa terdapat banyak khabar angin mengatakan ia juga menggunakan rekaan skrin takuk jenis titisan air yang digunakan pada pesaing hebatnya OPPO F9.

Petikan gambar dari gsmarena

Selain rekaan skrin, cip pemproses Snapdragon 660 akan dimuat pada V11 bersama 6GB RAM dan 128GB ROM. Adakah spesifikasi yang disebut ini benar, kita nantikan kepastian dari pihak Vivo tidak lama lagi.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here