Sistem Peranti Maya Omni Dari Digi – Potensi Mengembangkan Melebih 900,000 PKS Di Seluruh Negara

126
**********

Digi Telecommunications (Digi) telah melancarkan Omni, sebuah sistem peranti maya yang merupakan alternatif mampu dimilik oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Omni mampu menukar mana-mana peranti pintar menjadi pusat panggilan dengan hanya dikawal oleh aplikasi mudah alih dan sebuah papan pemuka web.

Menurut Praveen Rajan, Ketua Pegawai Digital Digi, tujuan mereka untuk menawarkan lebih banyak penyelesaian digital yang canggih pada harga yang berpatutan dan mampu membantu PKS mengembangkan perniagaan. Omni didatangkan dengan talian tetap yang membolehkan pengguna tidak lagi berkongsi nombor telefon peribadi bagi tujuan perniagaan.

Manfaat Omni:
  • Menetapkan waktu perniagaan, sub-akaun dan struktur penghalaan semula panggilan.
  • Menjejak penggunaan, aktiviti dan menguruskan langganan.
  • Mengadakan pesanan bantuan maya, talian sambungan dan nombor.
  • Mengawasi aktiviti-aktiviti dalam waktu sebenar melalui papan pemuka dalam talian.
  • Menghalakan panggilan dengan pintar dan menetapkan sehingga 50 peranti pintar untuk berdering mengikut turutan atau serentak.

Pelanggan boleh mula menggunakan Omni dari hanya RM60 sebulan, tanpa perlu terikat dengan sebarang pelan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

Semak Pelan di sini >> Pelan Omni

Pendaftaran Omni

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here