Siri ASUS TUF Gaming Laptop Menambah 2 Ahli Baharu

277
**********

Siri ASUS The Ultimate Force (TUF) Gaming FX504 Laptop kini bertambah dua model baharu lagi! Siri ini terkenal dengan spesifikasi gaming berkuasa pada harga yang lebih mampu milik, dua model ini adalah ASUS TUF FX504G-MEN039T dan ASUS TUF FX504G-ME4308T.

Baca Juga: Reviu Eksklusif: ASUS TUF Gaming FX504, Laptop Gaming Mampu Milik Dengan Rekaan Menarik

Kedua-dua laptop gaming ini hadir dengan kad grafik NVIDIA GTX 1060 6GB, storan SSD 128GB dan cakera keras 1TB. Pada bahagian cip pemproses, FX504G-MEN039T dilengkapi dengan CPU Intel Core i7-8750H dan memori DDR4 8GB, manakala FX504G-ME4308T dilengkapi dengan CPU Intel Core i5-8300H dan memori DDR4 4GB.

Kedua-dua laptop ini hadir dengan paparan skrin 15.6 inci, yang berbeza hanya pada paparan segar semula 120GHz (Refresh Rate) dan G2G (Response Time) serendah 3ms pada FX504G-MEN039T. Di samping itu, teknologi HyperCool turut dilengkapi bagi mengekalkan suhu yang minima semasa bermain permainan berat

Kaki gamer boleh mendapatkan kedua-dua laptop gaming ini pada harga lebih mampu milik, RM4,999 untuk model FX504G-MEN039T, sementara RM3,999 untuk model FX504G-ME4308T.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here