Shopee Meningkat Naik Paling Banyak – YouGov BrandIndex 2018

381
**********

Tahniah kepada Shopee!

Selain ranking keteguhan jenama tahunan YouGov BrandIndex di Malaysia masih jatuh pada aplikasi pemesejan WhatsApp, YouGov juga telah menganalisis jenama mana yang mempunyai peningkatan ketara dalam keteguhan jenama sepanjang tahun lalu.

Platform e-dagang Shopee setakat ini telah memperlihatkan kemajuan terbesar, kenaikan sebanyak 16.1 mata telah dicatat dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Huawei yang menjadi jenama paling meningkat naik pada tahun 2017 kini berada di tempat kedua, dengan peningkatan sebanyak 10.5 mata.

Berikutan dengan McDonald’s di kedudukan ke-3 dengan peningkatan sebanyak 6.7 mata, Instagram dan Perodua sama-sama di tempat ke-4 dengan kenaikan 6.6 mata, manakala Samsung penjual peranti pintar terbesar di dunia hanya mendapat 5.9 mata kenaikan.

 

Sumber: BrandIndex

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here