Samsung Galaxy Note 9 – Penambahbaikan S-Pen Lebih Berkuasa

197
**********

Secara rasminya Samsung Galaxy Note9 telah diumumkan, siri Note baharu kali ini lebih memfokuskan pada sokongan S-Pen yang lebih berkuasa.

Samsung Galaxy Note9 hadir dengan paparan skrin 6.4 inci QHD+ (2960 x 1440) Super AMOLED, ia juga merupakan Infinity Display yang paling besar digunakan buat masa kini. Tiada rekaan takuk lagi pada skrin dan penggunaan paparan bezel-less memberikan permukaan yang luas tanpa batasan.

Kuasa dalaman siri Note adalah yang paling premium, ia dilengkapi dengan cip pemproses Exynos 9810, gabungan RAM 8GB dan 128GB/512GB ROM tidak menghalang anda dalam penyimpanan data, tambahan lagi sokongan kad microSD sehingga 512GB menjadikan peranti ini sebagai sistem penyimpanan mudah alih yang lebih mesra pengguna.

Bateri telah mendapat peningkatan di mana kapasiti 4,000mAh ditawarkan dengan sokongan pengecasan pantas, sekali isian penuh mampu bertahan bagi penggunaan seharian tanpa masalah.

Bagi pembinaan kamera pula, sokongan Dual Aperture lens (f/2.4 & f/1.5) pada dwi kamera utama 12MP akan menyesuaikan nilai aperture secara automatik dengan cahaya di persekitaran anda.

Selain itu, teknologi AI pada kamera turut dibekalkan dengan sebanyak 20 mod boleh dikesan, seperti Food, Portraits, Flowers, Indoor scenes, Animals, Landscapes, Greenery, Trees, Sky, Mountains, Beaches, Sunrises and sunsets, Watersides, Street scenes, Night scenes, Waterfalls, Snow, Birds, Backlit dan Text.

8MP kamera hadapan boleh diperhebatkan lagi dengan kehadiran S-Pen, hanya tekan pada S-Pen dan gambar swafoto boleh diambil walaupun jauh dari 10 meter. Selain S-Pen berfungsi sebagai selfie stick semasa mengambil gambar, ia juga boleh dijadikan sebagai alat kawalan bagi sesi pembentangan, mengawal muzik, melayari galeri hanya dengan sambungan Bluetooth padanya.

Peranti yang hadir dengan sokongan kalis air IP68 ini bakal dilancarkan di pasaran tempatan pada 15 Ogos, bagi yang berminat boleh membuat pra-tempahan mulai hari ini dengan tawaran promosi masa terhad.

Pra-tempahan >> Samsung Galaxy Note9 Ditawarkan Pada Harga RM3,699 (128GB) & RM4,599 (512GB)

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here