Sambutan Meriah! Samsung Galaxy Note9 Habis Dipra-Tempah

282
**********

Samsung Galaxy Note9 yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi dengan membuka pra-tempahan bermula 10 Ogos hingga 19 Ogos yang lalu, telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Menurut Samsung, kedua-dua varian 128GB dan 512GB juga habis dipra-tempah oleh peminat Siri Note.

Baca Juga: Perbezaan Dari Segi Luaran – Samsung Galaxy Note 9 vs Galaxy Note 8

Hanya beberapa hari sahaja jelas memperlihatkan permintaan siri Galaxy Note di kalangan peminat Samsung masih tinggi lagi. Apatah lagi dengan setiap pra-tempahan boleh mendapat hadiah eksklusif dari Samsung.

Samsung Galaxy Note9 ditawarkan pada harga RM3,699 (128GB) dan RM4,599 (512GB). Pelancaran sebentar lagi kita nantikan ada apa-apa lagi tawaran istimewa dari laman e-dagang yang lain.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here