**********

HARGA: RM1,399

OPPO F9 baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas, lambakan promosi dan agenda seperti konsert HaVOOC turut diheboh-hebohkan oleh artist dan selebriti terkenal.

So kalau anda adalah seorang kaki fesyen yang bergaya, OPPO F9 ini maybe boleh masuk ke dalam senarai poket anda. Tidak perlu banyak sangat spesifikasi berkuasa seperti peranti flagship yang lain kerana bukannya semua pun digunakan sepenuhnya, yang penting 5 fokus utama pada OPPO F9 ini cukup memadai bagi tawaran harga RM1,399.

Tak percaya? Baca seterusnya apa daya tarikan kelima-lima fokus utama ini.

Sebelum masuk ke babak utama, kita sekilas pandang dahulu spesifikasi si dia ya…

Spesifikasi OPPO F9
Sistem Operasi Android 8.1 Oreo, ColorOS 5.2
Pemproses MediaTek Helio P60 Octa-core 2.0GHz
GPU ARM Mali-G72 MP3 800MHz
Paparan 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080), Nisbah 19.5:9
Skrin-ke-kerangka 90.8%
Bateri 3,500mAh, Pengecasan Pantas VOOC
Memori 6GB RAM, 64GB ROM (sokong microSD sehingga 256GB)
Kamera Kamera Utama
16MP + 2MP, LED Flash, Aperture f/1.8 + f/2.4
Portrait, AR Stickers, Slow-Motion, AI Scene Recognition,
Mod Super VividKamera Hadapan
25MP, Aperture f/2.0, AI Beauty 2.1
Slot Kad Triple Slot: Dwi Nano SIM & Kad microSD
Keselamatan Pengimbas Cap Jari, Pengecaman Wajah
Sambungan WiFi 802.11a/b/g/n/ac 2.4G/5GHz, Bleutooth 4.2,
USB OTG, Micro USB
Dimensi 156.7 x 74.04 x 7.99mm / 169g
Warna Sunrise Red, Twilight Blue, Starry Purple
Harga RM1,399

 

 

PAKEJ PEMBELIAN

Dalam kotak pembungkusan terdapat adapter pengecas, earphone, kabel micro USB, SIM ejektor, casing pelindung dan buku manual.

Unboxing! OPPO F9 ↓↓↓

 

5 FOKUS UTAMA

1. Panel Belakang Berwarna Cerun

OPPO F9 hadir dengan tiga pilihan warna cerun iaitu Sunrise Red, Twilight Blue dan Starry Purple, penggunaan warna cerun ini juga merupakan kali pertama tersedia pada siri F.

Di bawah sinaran matahari, panel belakangnya akan bersinar seperti kristal dan aliran air dalam sungai dari pantulan pada sudut yang berlainan.

 

2. Skrin Titisan Air

Selain rekaan moden, sebagai peranti gaya melangkah ke depan, OPPO F9 juga menggunakan rekaan segar pada paparan skrinnya. Sekiranya skrin takuk tidak disukai ramai, maka OPPO hadir dengan skrin titisan air, lawa tak?!

Paparan skrin 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080) dengan rekaan titisan air ini jelas menggambarkan inspirasi dari keindahan alam semula jadi, penggunaan ruangan yang sedikit mampu mencapai nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 90.8%.

 

3. Pengecasan Pantas VOOC

Sistem pengecasan pantas VOOC dari OPPO amat dikenali ramai, prestasinya juga sangat dibanggakan. Oleh itu, OPPO F9 juga buat kali pertamanya hadir dengan teknologi ini bersama sokongan AI yang mampu menguruskan ketahanan bateri dengan lebih cerdas.

 

Ujian pengecasan pantas VOOC

Kami telahpun membuat ujian pengecasan pada OPPO F9 untuk membuktikan adakah prestasi pengecasan pantas VOOC cukup memberangsangkan. Dalam kapasiti bateri sebesar 3,500mAh, ia hanya menggunakan masa selama 1 jam 10 minit untuk mengecas penuh.

 

Prestasi ini boleh dikatakan sangat cepat, sekiranya anda dalam masa tergesa-gesa pun tiada masalah kerana dalam 20 minit sahaja bateri 4% meningkat secara mendadak ke 42%. Puasssss….

Tambahan lagi OPPO F9 menawarkan sistem perlindungan lima lapisan pintar dari adaptor ke port dan dalaman peranti, bermakna anda boleh selamat bermain permainan sambil mengecas peranti tanpa merisaukan terlalu panas.

 

4. ColorOS 5.2

Untuk mencipta pengalaman interaktif yang lebih cerdas dan berkesan, OPPO F9 membawakan ColorOS 5.2 di bawah sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Ciri baharu yang ditambah termasuk Google Lens, Smartbar, Music On Display dan pengalaman penyuntingan video yang lebih lancar.

 

5. Kuasa Kamera Dipertingkatkan Lagi

Gelaran pakar swafoto pada peranti OPPO kini dipertingkatkan lagi dengan kehadiran dwi kamera utama 16MP + 2MP. Gabungan ini juga pertama kali dibekalkan pada siri F, dengan aperture f/1.8 dan f/2.4 mampu menawarkan kesan bokeh yang lebih semula jadi.

Di samping teknik pencahayaan potret 3D juga lebih memudahkan gambar diambil seperti dalam studio. Teknologi kecerdasan-buatan (AI) pada OPPO F9 mampu mengenalpasti sebanyak 16 senario secara automatik, kesemua ini turut menyempurnakan keseronokan semasa mengambil gambar.

AR Sticker

Beralih ke kamera swafoto, penampilan lensa 25MP dengan teknologi Sensor HDR menjadi taruhan kali ini kerana ia membolehkan anda mengambil gambar swafoto yang lebih jelas walaupun berada di keadaan backlight.

Tambahan lagi sokongan teknologi AI Beauty 2.1 telah dipertingkatkan di mana anda boleh melihat terus kesan kecantikan dari skrin sebelum mengambil gambar. Penambahbaikan ini tentunya akan lebih disukai ramai kerana ia sangat mesra pengguna.

 

HASIL GAMBAR

Outdoor

 

Indoor

 

Food

 

Night

 

Senja

 

Super Vivid OFF

Super Vivid ON

 

Potret

 

Swafoto

 

 

ULASAN….

Kuasa dalaman OPPO F9 walaupun bukan yang paling hebat, tetapi dengan tawaran harga RM1,399 pada spesifikasi memuaskan seperti cip pemproses MediaTek Helio P60, 6GB RAM dan 64GB ROM yang masih menyokong kad microSD sehingga 256GB, serta dwi kamera utama 16MP + 2MP dan kamera hadapan 25MP di bawah teknologi Sensor HDR dan AI Beauty 2.1, semua ini menjadi okay pada OPPO F9.

Sokongan dwi kad SIM dan kad microSD sering menjadi isu pada slot hibrid, lain cerita pula pada OPPO F9 kerana ia hadir dengan rekaan triple slot. Hah, inilah dia keikhlasan yang dibawa oleh OPPO kepada penggunanya. Tiada bertukar-tukar antara kad SIM dan microSD lagi! Kan bagus!

 

Baca Juga: Promosi Merdeka! Pra-Tempahan OPPO F9 & Dapatkan Ganjaran Tunai RM999

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here