HARGA: RM1,249
Secara rasminya peranti pertama yang memfokuskan pada permainan mudah alih dengan teknologi GPU Turbo iaitu honor Play telah pun dilancarkan besar-besaran semalam. Seperti ramai yang prihatin, peranti ini mempunyai reka bentuk moden dengan pilihan warna yang menggiurkan terutamanya warna ultra violet.

Selain rekaan stylo menepati permintaan generasi muda, tawaran harga wow HANYA RM1,249 memang memeranjatkan semua kaki gamer, apatah lagi spesifikasi dalaman berprestasi yang ditawarkan. Tidak perlu bercakap banyak, kita baca selanjutnya prestasi dalaman honor Play.
Baca Juga: Pandang Pertama
Eksklusif! Unboxing honor Play ↓↓↓
SPESIKASI
Spesifikasi | Honor Play |
Sistem Operasi | Android Oreo 8.1, EMUI 8.2.0 |
Pemproses | Kirin 970 Octa-core 4x Cortex A73 2.3GHz + 4x Cortex A53 1.8GHz GPU Turbo |
Paparan | 6.3 inci FHD+ (2340 x 1080) Nisbah 19.5:9 (~409 ppi) |
Bateri | 3,750mAh, Pengecasan Pantas |
Memori | 4GB RAM, 64GB ROM microSD sehingga 256GB |
Kamera | Utama 12MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4) LED Flash, 500+ senario (22 kategori), 3D Portrait lighting, AI Gallery Hadapan 16MP (f/2.0) AI Portrait mode, 3D Portrait lighting |
Rakaman Video | 4K UHD |
Slot Kad | Nano SIM + Nano SIM/microSD |
Keselamatan | Face Unlock, Fingerprint |
Sambungan | WiFi 802.11a/b/g/n/ac 2.4GHz & 5GHz, USB Type-C, Bluetooth 4.2, NFC |
Dimensi | 157.9 x 74.3 x 7.5mm / 176g |
Warna | Ultra Violet, Navy Blue |
Harga | RM1,249 |
Antaramuka
Sistem operasi berasaskan Android 8.1 Oreo, tampil bersama antaramuka EMUI 8.2 terkini. Ciri menarik seperti Notch tetap disediakan, anda boleh sembunyikan skrin takuk sekiranya tidak suka.


Ciri HiTouch sangat mesra pengguna kerana hanya menekan pada skrin dengan dua jari, maka fungsi ini akan segera mengenalpasti informasi produk yang dihalakan melalui Amazon Assistant.

Fungsi keselamatan honor Play termasuk pengecaman wajah, pengimbas cap jari dan kata laluan.

Pengimbas cap jari selain berfungsi untuk membuka peranti, ia juga boleh dijadikan sebagai kursor untuk mengambil gambar, menjawab panggilan, menghentikan jam loceng, menurunkan bar notifikasi dan menyelak gambar di galeri.
Teknologi GPU Turbo Menawarkan Pengalaman Bermain “Crazy”
Bercakap tentang GPU Turbo, teknologi ini adalah satu kemaskini perisian dalaman yang mampu meningkatkan kelancaran pemprosesan grafik sehingga 60%, di samping mengurangkan penggunaan bateri sehingga 30%.

Honor Play juga menawarkan fungsi 4D Smart Shock, di mana ia merupakan pengalaman gaming 4D yang boleh dirasai sendiri dengan gegaran berbeza untuk setiap senjata dalam permainan PUBG.

Selain itu, anda juga boleh merasai efek bunyi sekeliling dengan sokongan Histen 3D. Bermakna anda dapat mendengar arah peluru dari mana dengan lebih jelas, sama ada menggunakan earphones atau headphons.

Ciri Game Suite juga hadir bersama supaya memastikan permainan tidak terganggu dengan notifikasi atau panggilan masuk.
Anda boleh tonton video yang kami rakam semasa bermain PUBG Mobile pada honor Play
Ujian Benchmark
Melalui ujian benchmark yang dijalani pada honor Play, prestasi keseluruhannya tidak kalah pada peranti flagship yang lebih tinggi harga jualannya.



Bateri
Bateri honor Play sebesar 3,750mAh ini datang sekali dengan sokongan pengecasan pantas (5V2A / 9V2A), daya ketahanannya boleh dikatakan sangat memuaskan.
Sekiranya kaki gamer tegar pun tiada masalah kerana masa pengecasan agak pantas hanya mengambil 1 jam 15 minit untuk mengecas penuh (dari 32% – 100%).
ULASAN…
Sebelum bertemu dengan Honor Play, kami sudah menaruh harapan tinggi pada prestasi dalaman dan akhirnya Honor membuktikan keupayaannya. Peranti ini sangat berbaloi dimiliki bukan sekadar harga mampu milik iaitu RM1,249, malah spesifikasi yang ditawarkan cukup baik setanding peranti flagship.
Sokongan Kirin 970 dengan teknologi GPU Turbo, 4D Smart Shock dan Histen 3D menawarkan pengalaman bermain yang luar biasa, tambahan Game Suite membolehkan anda bermain tanpa diganggu. Sepanjang kami bermain PUBG Mobile, grafik sangat lancar dan efek bunyi 3D, wow best sangat…
Ramai akan bertanya juga ketahanan bateri adakah memuaskan, jawapan kami “YA” kerana kapasiti bateri honor Play sebesar 3,750mAh menyokong pengecasan pantas juga. Jika bateri habis diguna hanya perlu cas tidak kurang dari 2 jam untuk mendapat isian penuh.