**********

Walaupun pihak honor memfokuskan “gaming” pada peranti terbaru honor Play, namun tidak dapat dinafikan bahawa dwi kamera AI 16MP + 2MP di panel belakang tetap memastikan kualiti penggambaran yang menyerupai jurugambar profesional.

Sokongan AI dengan sebanyak 22 objek dan 500+ senario dapat dikenalpasti melalui AI Motion Detection, di samping fungsi penstabilan imej juga membolehkan gambar diambil lebih tajam dan berkualiti.

Baca Juga:

 

AR lens dalam kamera menawarkan 3D objects, Effects dan Backgrounds untuk menceriakan lagi hasil penggambaran, sama ada berswafoto atau bergambar dengan kawan-kawan.

Kamera terdapat pelbagai tetapan, termasuk pilihan mod yang banyak seperti Pro, Slow-mo, Night, Filter, Artist mode dan banyak lagi.

Seperti peranti honor yang lain, mod Portrait menyediakan 6 jenis lighting untuk dipilih mengikut kesukaan anda.

Kamera utama boleh merakam video berkualiti 4K UHD, manakala kamera hadapan hanya mempunyai satu kualiti sahaja iaitu HD.

Tidak bercakap banyak lagi, kami biar gambar yang menjelaskan semua… Jom~

 

HASIL GAMBAR DARI HONOR PLAY…

Backlighting

 

Kucing

 

Indoor

 

Langit

 

Outdoor

 

Light Painting – Traffic Trails

 

Senja

 

Makanan

 

Swafoto

 

ULASAN…

Sepanjang masa mengulas Honor Play, apa yang menarik minat yang pertama mestinya harga jualan RM1,249 yang sangat mesra pengguna. Seterusnya Kirin 970 dengan GPU Turbo yang menawarkan prestasi pada tahap cukup memuaskan, di samping ketahanan bateri juga tidak kurang hebatnya.

Sebagai sebuah peranti memfokuskan pada gaming, keupayaan kamera honor Play tidak patu diabaikan juga. Dwi kamera AI walaupun bukan yang terbaik, namun ciri-ciri AI terkini juga hadir bersama dan tindakbalasnya sangat pantas.

Akhir sekali, warna pada peranti ini sangat mengiurkan dengan pilihan warna Ultra Violet dan Navy Blue. Mesti ramai yang ingin jadikan honor Play sebagai peranti pasangan, kan!

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here