Promosi Merdeka! Pra-Tempahan OPPO F9 & Dapatkan Ganjaran Tunai RM999

425
**********

Peranti baharu OPPO F9 baru sahaja dilancarkan dengan harga jualan RM1,399, pra-tempahan juga telah dibuka mulai 16 Ogos hingga 29 Ogos 2018 dengan setiap tempahan akan mendapat kotak hadiah bernilai RM299.

Bukan sekadar ini sahaja, sempena Hari Merdeka yang ke-61, OPPO Malaysia juga menyediakan 117 set ganjaran tunai bernilai RM999 untuk pelanggan bertuah yang membuat pra-tempahan pada tempoh masa tersebut. Cabutan bertuah akan berlangsung dari 30 Ogos hingga 1 September dengan cara kod IMEI OPPO F9 akan dipilih melalui sistem dan diumumkan di laman FB OPPO setiap jam mulai 12pm hingga 9pm setiap hari.

OPPO F9 merupakan peranti bergaya yang amat menepati permintaan generasi muda, peranti ini hadir dengan sokongan teknologi pengecasan pantas VOOC yang mampu mengecas dalam 5 minit untuk mendapatkan 2 jam berbual. Selain itu, ia juga merupakan skrin pertama dalam siri F yang menggunakan rekaan skrin titisan air dengan gabungan warna cerun menarik pada panel belakangnya.

Baca Juga: Menangi OPPO F9 Sempena Konsert HaVOOC – Kolaborasi OPPO Dengan TV3

Sekiranya anda berminat, jangan terlepas peluang menjadi salah seorang pelanggan bertuah mendapat hadiah tunai bernilai RM999!

Maklumat lanjut mengenai pra-tempahan, boleh hadir diri ke kedai konsep OPPO di seluruh negara, Celcom Blue Cube dan Courts, atau layari laman e-dagang seperti pautan di bawah:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here